majlis sanding 10.10.09

Sunday, August 9, 2009

tudung NikAH

Alah aii satu lagi misi yng aku duk pikir sampai dah berpusing mata aku... TUDUNG NIKAH?? mcm ne nie?? aku dah beli 2helai tudung,dan 1helai selendang,1helai tempah semua sekali ada = 4helai dan semuanya xsepadan dng muka aku,dan sekali lagi berlaku pbaziran yng aku buat *apa lah ko ni azie! 4helai warna yng yng sama design yng berbeza dan aku bakal melego pada kak2 aku yng bertudung,wat lah amal jariah sekali...kalo ikutkan hati aku aku rasa mcm nk pakai setakat selendang atas kepala dan ditambah fresh flower kat tepi telinga aku jer mcm nie

simple jer kan.. aku mmg rasa nk mcm nie jer tetapi!!! aku nikah di DLM MASJID.. x ker kurang ajo nama nye tue...kpala togel tanpa seurat benang masuk ke masjid azie oitt!! ohhh NO NO NO atau mungkin aku pkai begini rupa?..boleh ker?ha! cantik jugakkan.. tutup kepala jugak...TAPI!!! baju nikah aku pulak jarang yng menampakan dada aku,belakang aku,tangan aku!! dah pulak!! mcm ner tue..*padam muka ko azie,buat bnda xpikir panjang silap hari bulan tok imam suruh blik tukar baju!! fuhhhhYYYYYyy abis aku nk pakai mcm ner pulak adoiii...

atau aku pakai mcm nie,sopan jer.. bertudung agar dapat menutup kepala aku,serta berselendang agar dapat menutup baju yng jarang rue.. HA? tat good idea kn?? ha!! ok kan kalo mcm nie... cantik kan? TP! yng dlm gambar tu cantik lah... muka aku kalo pakai tudung mmg hampeh lah rupe nyeee...bntuk muka aku kecik,bila pakai tudung ramai cakap aku mcm budak2.. tu yng aku mls nk dngar tue... fuhhhhyyy lah pulak akhirnya aku xthu nk pkai mcmner rupa.. per2 pun tunggu dan lihat lah jer nnti..aku akan mintak pandangan kak salima nnti kerana dia adalah make up nikah aku nnti.. ohh yeHHH

beginilah muka budak bernama azie,bila bertudung


p/s= pada bakal pngantin aku saran kan supaya xpayah beli baju nikah, sewa kat mak andam dan korng dapat tgk sekali tudung untuk di sepadankan nnti...jgn jadi mcm aku nie,rugi,buang masa dan sakit otak dah!! *padan muka ko azieeee!!!


ok bye



BUNtinG!


Mana lah abg yng nk buat BUNTING utk aku nie,kata hari tu hari selasa lps,sampai nk masuk selasa minggu lain dah..batang idung pun xnmpak…aku lak malas nk call bnyk2 kali..yer arr kita nk bg dia msukkkk..tp kita plak kena cari die.. btol x?btolkan? ehmmm xper lah aku masih dlm tahap boleh menanti… kalo xada datng jgk,aku cari yng lain.. kan?kan?kan? aku kalo boleh nk settlekan seblum puasa nie.. yer lah lps nie aku nk pindah umah lagi,nk piker pasal raya lagi,nk kerja lagi… mn sempat kalo kerja aku ni ikut office hour xper lah nie masuk tgh hari blik mlm.. mana sempat,nk buat nye aku seorng diri jer…Terkejar sana terkejar sini… kan?kan?

sekadar gambar hiasan


Ok lah harap abg bUnting tue datng cpt,kalo xada HYEE hyee BYEEe byee…

2 MOnthS!



tenGOkk atas TUE... 2BULAN lagi my wedding day... arghhhhhhh takutnye... risaunye..sedeynye.. huhhuu mcm rasa yng aku rasa skrng nie.. baju nikah DONE! yeahh misi skrng untuk cari tambahan manik dan nak jahit/tambah manik kat hubby punya baju melayu plak... samping?? ehmmm nk beli ker @ pinjam jer?? alah pakai satu hari jer kan?....?? *pikirkan kemudian dan apa yng penting sekarng aku hnya punya 2bulan sahaja masa untuk persiapan nnti.. ohhHHH yeahhhHhhhHH... tp bagusnye kepala ni xrasa semak pulak... masih dapat terkawal dan masih bersuke ria lagi.. harkkkkhuhuu

ok ByE

Saturday, August 8, 2009

DR.SYILA =( Pakcik Ator - and his Sakaratul Maut

hye.. nie bkn cerita ttg mywedding_azi3 tp sekadar berkongsi cerita ngn korng,aku ambik cerita nie dari blog angah syila *sepupu aku belah arwah mak,angah nie mmg pandai orngnye,cute,dan everthing mmg perfect lah..dia belajar kat AUSTRALIA*betoi ker ejaan aku nie DAN bakal bergelar DR.SYILA nnti,insyaALLAH..aku mmg suka baca blog dia,bg aku cara menulisan dia mmg ikhlas dan pling aku sukakan pasal cerita ttng pesakit dia, tp sejak akhir2 nie aku xpat view blog tue, biasanya bila aku nk view mmg xpat,entah mcmmn rupe tetiba saja2 test boleh plak... bila baca satu entri yng nie rasa mcm sayu sgt2...dan ngn selamber nye aku copy paste kat blog aku nie.. per2pun nk "say sory kat angah pasal tak mintak izin publish kan entri nie kat blog azie yer"


Wednesday, July 15, 2009
Pakcik Ator - and his Sakaratul Maut

Syila nak cerita tentang salah seorang pesakit syila masa buat Medicine rotation. Cerita tentang Pakcik Ator (bukann nama sebenar). Syila dh tulis lama tapi baru nk publish ni.

Pakcik Ator datang ke hospital setelah terjatuh di Nursing Home dan mendapat kecederaan di tangan - patah tulang humerus. Beberapa tahun sebelum tu, Pakcik Ator pernah mengalami strokyg membuatkan dia mnderita dysphagia (susah nk telan makanan). His cognitive function was also declining after the stroke. For some reasons that I'm not totally sure, Pakcik Ator and his family had made a decision of NFR (not for resuscitation). Meaning, if anything major happened to Pakcik Ator like cardiac arrest, heart attack or others, the treating medical team would not anything apart from letting him 'go'. The plan is to make him as comfortable as possible in any case of pain or distress. Kitorang panggil 'comfort measure'

Pada malam Pakcik Ator datang ke hospital, syila buat night shift dengan sorang Intern,
Brendan. Waktu syila dan Brendan tengah ambik darah utk blood culture di Wad H3, tiba-tiba pager Brendan brbunyi. Setelah menjawab panggilan beeper tu, Brendan pun ajak syila ke Wad J3. Nurse ckp Pakcik Ator is in distress. Dia susah nak bernafas. He was really agitated too. Looked like he was in pain. Kakak nurse tu tanya if anything we could do to make Pakcik Ator more comfortable. Brendan dan syila pun berjalan menuju ke bilik Pakcik Ator. Brendan tanya Pakcik Ator, "Do you have any pain?" Pakcik Ator cuma menggeleng-gelengkan kepalanya. Tapi dari riak muka Pakcik Ator, agak jelas menunjukkan yg Pakcik Ator dalam kesakitan. Dia cuma terbaring je atas katil dengan tangan yang berbalut. Kesan-kesan darah di baju, muka dan kepala Pakcik Ator akibat terjatuh pagi tadi masih kelihatan. Pakcik Ator tercungap-cungap mencari nafas. Terdengar bunyi wheezes yg kuat dari salur pernafasan Pakcik Ator. Macam bunyi orang yg nak bernafas tapi ada banyak sangat kahak di kerongkong.

Brendan mencapai medication chart Pakcik Ator. Ada Salbutamol nebuliser PRN dan Morphine PRN tercatat di atas kertas keras medication chart tu. Brendan arahkan nurse in-charge untuk bagi Salbutamol nebuliser dan Morphine pada Pakcik Ator. Muka nurse tu berubah. Agaknya dia tak bersetuju dengan keputusan Brendan sbb dia mungkin dia dah berusaha bagi those two medications to no avail. Tapi sebab Brendan je yg boleh memberikan keputusan, kakak nurse tu terpaksa menurut saja arahan. Syila pula diarahkan untuk review Pakcik Brendan dan report pada registrar on duty malam tu, Clifford. Kebetulan Clifford is the registrar in my team, so syila agak biasa dgn dia dan tak mengalami banyak masalah. Sementara Brendan pula keluar sekejap utk makan dinner.

Setelah memeriksa Pakcik Ator dan meneliti failnya, syila pun berlari-lari anak ke Emergency Department di tingkat bawah hospital. Nasib baik jumpa Clifford di situ. Syila report semuanya tentang Pakcik Ator, and Clifford was happy with the current management.

Syila naik semula ke Wad J3. Waktu syila membelek-belek fail Pakcik Ator, tiba-tiba syila
trdengar sorang nurse bercakap pd rakan sekerjanya.. "Ohhh... he's having the death rattle" Tergamam seketika bila dengar tu. Nurse ni mesti dah berpengalaman mendengar beribu-ribu death rattles. Dengar sikit pun dah tau. Death rattle ni adalah satu bunyi yg dikeluarkan dari saluran pernafasan apabila seseorang menghampiri ajalnya. Kalau orang Melayu, selalu cakap bunyi tu sebab nafas dah smpai ke kerongkong. Secara saintifiknya, bunyi tu disebabkan pengumpulan cecair berlendir dengan banyaknya di kerongkong dan saluran pernafasan. Ini adalah disebabkan otak telah kehilangan fungsi untuk menelan cecair tu. Slowly, one by one, dying people lost their brain functions.

Syila masuk ke bilik single Pakcik Ator. Dia bersendirian, tanpa pesakit-pesakit lain dan tanpa
keluarga di sisi. Waktu syila masuk, nebuliser mask utk Salbutamol tu terkeluar dari mulut dan hidung Pakcik Ator. Syila ambik mask tu dan cuba nak letakkan ke mulut dan hidung Pakcik ator sambil menyelitkan getah mask mengelilingi kepala Pakcik Ator. Berdebar jugak masa tu. Dibuatnya Pakcik Ator mati di tangan syila, tak ke berdebar. Susah pulak nak pakaikan mask tu. Terselit-selitlaa.. Bila dah elok-elok terletak di mulut dan hidung Pakcik Ator, dia bukak baliklah pulak mask tu. Syila pun pasangkan balik mask di mulut dan hidungnya. Sekali lagi, Pakcik Ator tarik balik mask tu dan campak di tepi katil. Adoii.. Mask tu sebenarnya untuk Salbutamol nebuliser yang membolehkan Pakcik Ator bernafas dengan lebih lancar.

Syila berlari-lari anak ke meja nurse."Pakcik Ator keeps pulling off the mask!" Kata syila pada
nurse dengan nada kaget."Yeahh.. I know. He keeps doing that" Jawab nurse tu acuh tak acuh. Macam malas nak layan Pakcik Ator.

Nampaknya semua orang mcm dh give up dgn Pakcik Ator. Syila berjalan menuju ke bilik Pakcik Ator. Syila tengok Pakcik Ator dari jarak 1 meter. Syila saksikan macam mana mata Pakcik Ator macam terbeliak-beliak dan macam fixed to one direction. Nafasnya masih berbunyi kuat - it's the death rattle! Macam ni ke saat-saat nyawa dicabut dari badan ye? Apa yang Pakcik Ator tengah alami sekarang? Selain syila dan Pakcik Ator dalam bilik tu, malaikat Izrail pun ada bersama-sama kami? Apa yang Pakcik Ator tengok tu? Pakcik Ator sedang bertarung antara kebaikan dan kejahatan. Antara alam dunia yang fana dan alam barzakh/akhirat. Antara palsu dan nyata. Antara hidup dan mati. Satu pertarungan yang sudah ditentukan keputusannya - manusia akan selalu kalah.

Waktu tu, syila teringat semula pelbagai cerita tentang kematian yang kadang-kadang syila terlupa atau buat-buat lupa. Waktu nyawa sampai ke penghujung, manusia akan terbayang segala kisah hidupnya yang lepas. Kebaikan, keimanan, kejahatan dan kemungkaran yang pernah dilakukan. Apabila teringat akan kebaikan, rasa gembira dan berharap Allah akan menerima. Apabila teringat akan kemungkaran, rasa tak keruan - nyawa hampir ditarik tetapi masih belum sempat bertaubat. Bagaimanakah nasibnya berhadapan dengan Maha Pencipta berbekalkan segala kemungkaran, kejahatan dan dosa yang ditanggung ni..?

Apabila nyawa sampai ke penghujungnya, ada syaitan yang datang menggoda. Memanggil-manggil umat manusia yang lemah agar menjadi pengikut mereka. Manusia akan berasa tersangat dahaga. Syaitan datang membawa segelas air. Jika manusia inginkan air tersebut, syaitan mengajak melupakan Tuhan.

Wallahu'alam. Itulah cerita-cerita yang kita dengar. Tapi apa yang terjadi sebenarnya, hanya Allah yang tahu. Orang yang pernah mengalaminya pun tahu juga. Tapi setelah mengalami, tak mungkin mereka kembali dan menceritakan pengalaman itu. It's like a one way road. Once you go through that road, there is no turning back. Dan Pakcik Ator sekarang sedang mengalaminya. Right in front of my eyes. Pity, I couldn't do anything. I couldn't come and whisper to his ear 'Ash hadu anlaa ila ha illallah...'. I don't even know whether I could come closer and comfort him, spending the whole night by his side while he's struggling with the Sakaratul Maut. There's a fine line between profesionalism and humanity in medical profesion. And I'm still learning how to draw the line.

Brendan dah selesai makan dinner. Dia datang tengok Pakcik Ator. Dia tanya nurse keadaan Pakcik Ator. Dia tanya syila ttg apa yg medical registrar kt syila ckp psl Pakcik Ator. Brendan arahkan nurse bagi morphine injection pd Pakcik Ator utk kurangkan kesakitan.

"I need some water. Please....I need water. Please..." Pakcik Ator merayu dengan suaranya yang
tenggelam timbul.

"That's ok, I'll get it." Syila ckp kt nurse tu.

"Isn't he NBM?" Brendan mencelah. NBM tu maksudnya nil by mouth atau dalam bahasa pasarnya, tak boleh minum atau makan apa2.

Syila yg tgh pegang cawan Pakcik Ator tu terpinga2.

"Dalam saat2 ni pun nak NBM lagi ke?" Tanya syila dalam hati.

"So, can I give him this water?" Syila tanya Brendan.

"Maybe a sip or two should be fine." kata Brendan.

Syila pn bagi air tu pd Pakcik Ator. Bila syila letak je kt bibir Pakcik Ator, terus dia minum dgn rakus sekali. Malangnya, syila terpaksa tarik straw tu dr mulut Pakcik Ator.

"I'm sorry... I can only give a couple of sips."Syila rasa serba salah.

"I need more water. More water... Pleasee... Water...." Pakcik Ator merayu dengan suaranya yang tenggelam timbul.

Syila pandang wajah Pakcik Ator yang berkerut2.

Apabila seseorang itu sedang menghadapi sakaratul maut, dia akan terasa sangat dahaga.
Syaitan datang membawa secawan minuman dengan syarat dirinya diakui sebagai tuhan.Ayat2 ni bermain2 dlm kepala syila. Hati syila memang meronta2 utk terus memberikan minuman kepada Pakcik Ator. Tapi apakan daya, syila tak boleh membantah kata2 ketua (intern) yg bertanggungjawab pd saat itu.

"Water....please... I need water..."Syila tutup mata. Syila tarik nafas dalam2. Syila letakkan gelas air tersebut di atas meja yang terletak jauh dari katil.

"I'm sorry I can't give you more..""Water. I need water......" Pakcik Ator merintih lagi.

Syila terpaksa tinggalkan Pakcik Ator dlm bilik tu bersendirian. Tak sanggup rasanya lama2 syila berdiri di situ menyaksikan Pakcik Ator bertarung dengan Izrail.

"Water.....please.....water.....please....." Suara rintihan Pakcik Ator kedengaran lagi ketika syila melangkah keluar dari bilik. Syila melemparkan pandangan ke Pakcik Ator. Dia sedang berusaha mendepakan tangannya yang lemah untuk mencapai segelas air yang syila letakkan di atas meja.

"I'm sorry Pakcik Ator.." Syila bercakap dalam hati.

Brendan arahkan nurse bagi Morphine infusion kpd Pakcik Ator utk hilangkan rasa sakit. Nurses pn menurut perintah.

Brendan ajak syila ke wad lain. Ada pesakit yang memerlukan blood test for blood culture. Syila bersetuju. Waktu dalam perjalanan ke wad, syila berbual2 dgn Brendan.

"Brendan, I know that Pakcik Ator is for comfort measure. But what's gonna happen if what the morphine we give will cause him to be more breathless or even die?"

"Well, by law, if the patient is in distress, it's ok if what we give to relieve the pain can hasten their death. But if we give something that hastens their death when the patient is not in distress, then we'll get into trouble." Pastu Brendan sambung lagi, "you might be right, the morphine that I gave him may hasten his death."

Waktu syila tengah bersedia utk ambik darah pesakit lain, Brendan tiba2 datang.

"I just want to say Pakcik Ator has just passed away. Do you want to go upstairs with me to examine his body?" Syila ikut Brendan ke atas.

Bila syila masuk ke bilik Pakcik Ator. Suara rintihan Pakcik Ator dah tak kedengaran lagi. Wajah Pakcik Ator sudah bertukar menjadi putih pucat seperti sehelai kertas. Diam. Kaku tak bergerak.

Brendan keluarkan pen lampu kecilnya. Dia suluh mata Pakcik Ator satu persatu. Pupils were fixed and dilated.

Brendan serahkan pen lampu tu pada syila. Syila suluh pula mata Pakcik Ator. Sejuknya kepala Pakcik Ator. Pupils were fixed and dilated.Brendan benamkan empat jari kanannya ke leher
Pakcik Ator. Kemudian, giliran syila pula berbuat begitu. Tiada denyutan nadi yang terasa.

Brendan keluarkan stetoskop. Ditekapnya hujung stetoskop tu pada dada Pakcik Ator untuk mendengar bunyi paru2 dan jantung. Brendan serahkan stetoskop pada syila. Giliran syila pula untuk mendengar. Syila tekapkan hujung stetoskop ke atas dada Pakcik Ator, dari atas smpai ke bawah. Takda bunyi nafas kedengaran. Paru2nya membisu. Syila tekapkan stetoskop di bahagian dada kanan untuk mendengar jantung.

Sekali ada bunyi daaaa.... Terbeliak mata syila!

Syila pandang ke arah Brendan. Tenang je wajahnya. Agaknya dia tengok syila mcm speechless, Brendan pun mula berbicara,

"Can you hear that muffle sound? It's actually the sound of blood gushing in the chambers of the heart."

Oooohhhh.... terkezut den.

Ingatkan orang mati hidup semula. Heheh.

Bila dah habis physical examination, Pakcik Ator telah disahkan mati. Brendan perlu menguruskan sijil kematian Pakcik Ator. Sebelum keluar dari bilik, Brendan bersuara,"I think you are right. It's probably the morphine that caused his death.

"Syila cuma tersenyum tawar. Tak tau nk jawab apa. Tak pasti sama ada itu satu keluhan ataupun satu pujian. Syila renung wajah pucat Pakcik Ator. He looked so different. Wallahu'alam tiada siapa tahu apa yang dialami oleh Pakcik Ator. Rohnya mungkin masih berlegar2 di dalam bilik tu.

Sebelum melangkah keluar dari bilik Pakcik Ator, syila memandang sekali imbas meja di sebelah katilnya. Segelas air yang syila letak tadi masih di situ.

"I'm sorry Pakcik Ator..."
tamat....

fuhhhhyy mmg pangjang kan? tp isi nye cukup berertikan,tgh2 syok aku tgk pic kat blog angah masa kat NEW ZEALAND pap!! terpadam taptop nye wayer tertangal.. on semula argg bila nk view balik dah xpattt.. arghh bengang btoii tp nasib aku sempat copy cerita tue.. ada bnyk lagi yng menarik kat blog tue,tp kalo korng nk view mintak izin arr ngn empunya badan.. kahh kah
NIE LAH ANGAH@bakal bergelar DR.SYILA..cutekan?kan? huhhu sowyy curi satu kpng pic angah kat blog

ok lah sampa sini jer lah,dah kul 3pagi nie,nk zZZzZzZzzz

bYE

Friday, August 7, 2009

piC OUtdooR II *tiada rahsia lagi*

Hye.. xthu nk update per lagi last2 aku update lah pic outdoor haritue... ingat nk pose lps wedding nnti,tp xper lah sma jugak rupenye nnti.. bwh nie editing sepenuhnya dari 3NPESONA PIC ok pada yng sudi dan xmyampah nk tgk sila kan lah yer..


















yang nie.. yng tak berape cantik editing dari aku... kahhkahh










Thursday, August 6, 2009

misi TANGkak dONE!



6:55 am:
Terbangun pasal ank buah aku si shafiq tgh bersiap nk pi sekolah..uhhuu cute nye tgk pakai baju sekolah.. sambung tidok blik..


11:00 pm:
bgun,pie toilet..tut...tut.. mak pun dah bgn jgk,bersembang ngn mak jap..pastu mandi,tp sambil mandi sambil berbual2 ngan mak..kahh,kahh lama xrasa mcm nie, kejut kakak azar ajak pi skali..bgn2 aku hantar kakak azar ngn anak2 dia blik umah diaorng..sampai jer sana..

" alah azie kunci umah xada" argghh panas niee,cal abg sham mintak bwk kunci... lama jugak tunggu dlm 20minit,punya lah panas berdengkang kay luar umah...pastu abg sahm pun sampai...
panasss oOOhhhh aku tUNGguu kat LUarr umahhh diee


12:35 pm:
aku kita orng gerak pie tangkak.. lama jugak aku xpie ker tangkak nie....masih kekal ngan pekan koboi... dlm perjalanan aku xbyk ckp,diam jer huhhuu pasal selama 3thun aku beli siput aku aku xpernah duk belakang dlm perjlnan yng jauh.. huhuuh abah bwk si siput aku,sian abh ngn mak sempit rasanye.. maklum arr si siput aku mmg sepadan ngn empuya badan kecik jer.. kahh dalm perjlan abah ngn mak berbual pasal cempedak,pulasan bla..bla..bla aku xdengar snagt pasal badan aku dan kpla aku dah sakit2 dan mamai2.. pening dah!



01:30 pm:
ok dah sampai.. desinasi pertama.. MAKAN....hihiihii mamamamam xsedap pun!! wweakk mak aku masak lagi best!!
dah abis mkn aku jln ngn mak cari baju mak... lenguh jugak arr jln2 punya jln tut,...tut.. jumpa pun,baju mak ngan abah kat satu kedai yng sama...aku dah penat nk pilih dah.. aku cari baju mak follow jer... abah relax jer duk kat kursi sambil isap rokok... last aku dapt pun jubah moden berwarna merah hitam.. argghh brlasah jer lah hitam pun hitam arr... asal ada merah dah ok dah.... harga nye mak oitt xpadan ngn kedai koboi RM118,dapat murAH RM105 jer.. xper lah aku mmg baget mcm tue untuk mak pun,dah abis amak aku kejekan abah pulak.. aku capai jugak baju batik merah untuk abah.. huhhuu paksa jugak ambik,abah ckp kulit htam xsesui,lps dia pakai.. " ehmm ok lah nie.tngn dah ngm..sama ngn mak ko nye baju" aku pun happy lah.. akhirnye dpat jugak pakai baju sama...hihii lps byr aku dah tersenyum puas.. puas snagt2 aku suka snagt dapat beli brng mak ngn abah... fuhhh syukur alhamdulilah.. tapi kelibat abg shm ngn kak azar n anak2 aku xnmpak... bila berjln depan sikit baru nmpak... " MAKKKKKK I OITT SAKAN NYE BERBELANJA..... PLASTIK BEG BESAUUUUU2" hiihihhii

ni beg plastik yng aku beli..xbnyk..duit xada..kikiihuhii

yehh,dah lepas satu beban dah.. destinasi seterusnyee..beli kain langsir bilik pngnti tapi bila sampai sana..tut abah ckp " beli langsir umah sekali" huhhuu aku sambil senyum lebarrrr "ok" hihhii hampehh tapi xper lah.. bukan untuk sapa pun,untuk rumah aku jgk.. pilihan langsir mak n abah yng pilih pilihan colour mereka warna OREN...HUHHUUUu langsir bilik pngantin plak abah pilih colur cream cair + merah.. kahhh bercampur2 colournyeee... kalo ikutkan tema mjlis aku warna merah putih.. tp xper lah,bukan buat kat umh pun....nikah sahaja mungkin kat umah kot...
3:20pm:

ohhh nie lah topic yng dia orng duk berborak tadi yer

siap segala proses mghabis duit..dalm perjlnan blik abah singah beli CEMPEDAK ARGGHHHh huhuu ingatkan abah mkn waktu balik rupanyeee makan kat dlm kereta jer,fuhhhh buka air corn lagiii ...Best gak tgk mak ngn abah mkn,bayangkanlah 1 biji cempedak boleh abis 2orng....tp aku xmkn arghhh aku kat belakang dah poning2 lalat... kpala pun dah mngatuk nk tdokkkk..

sampai umah bantal..bantall..bantallll pup tiodoo zZZZZZZZ... huhIIHIii
ok lah sampai sini jer lah cite aku.. bye


Monday, August 3, 2009

biliK TidokKk

abah cakap dia ada blikan set bilik tido.. "terima ksih abah" Tp aku x mgharap pun...kalo ada,ada lah kalo xada pun xper.. pasal majlis aku bkn di rumah pun..jadi aku ikut kn jer apa abah cakp.. per2 aku bersyukur lah apa yng ada..alhamdulilah,bila abah ck ada belikan aku set katil aku pun per lagi google n cari lah deco blik tidok yng boleh aku ciplaK nnti.. lagi pun besok dah pie mmbeli kain dah..jadi mana lah thu kot ada yng berkenanan nti.. hiasan bilik tido aku rasa aku settlekan sendiri mungkin bersama kakak aku k.nor pasal hari tu ada bincang ngan dia sekali.. ok lah xpayah bercakapjom layan aku tgk hiasan bilik tidokkk...









*semua gambar diatas hnya skadar hiasan sahaja

semakin tiba waktunyeeee...

bulan 8 dah nie.. persiapan hampir 80% dah berjaya di laksanakan... tugas esok hari bawak mak n abah pi cari baju.. lokasi mungkin tangkak atau carilah butik yng terdekat... tpi abah cakp xnk warna merah,kata dia kulit hitam x sesuai, bila aku ckp warna putih pulak.. katanye nnti cpt kotor.. tapi tema aku 2 colour tue jer le..mn ada colour lain,jd kpla duk memikir apa colour yng nk beli nnti.. fuhhyyy bergegar kpla akuuuu..

blik kerja ni nnti siap2 kemas pakaian and bwk cikit brng2 aku untuk persiapn pindah rumahh..aku dah xduk myewa lagi nnti... lama aku x duk ngn kluarga aku.. skrng lah masanye untuk berkongsi cerita dan segalanye..seblum aku bergelar seorng isteri..

ok rr bye

Sunday, August 2, 2009

keraNA LANGit yNG CAntiK..




pagi tadi hantar tunang pi kerja... seawal 6:45pagi... ehmmm mmg mata mgantuk habis,tp kerana maslah trandsport si tunang xada maka terpaksa lah aku gagahkan diri bangun... tapi aku xkisah pun tolak ansur yng pnting dlm perhubungan.... bila aku lalu kat area lapangan terbang bt brendam pemandangan kat sana cantik sangat langit yng terlalu indah teramat indah sangat... fuhhyy susah aku nk gambarkan lah... tp ini bukan kali pertama aku melihat langit yng cantik.. tapi hati aku terdetik.. "ya ALLAH ai tersentuh hati aku,bertapa lalainye aku tentang keindahan yng maha esa.." lama aku tingalkan solat subuh,sesungguhnye aku mmg terlalu leka mgejar nikmat dunia dan melupakan rasa kesyukuran,nauzubillah...." lpakan apa yng terdetik pada hati aku... dulu masa pertama kali aku mnghantar tunang aku kerja pada waktu pg dan dia pertama kali shif pagi..




sekadar gambar hiasan

dlm perjln si tunang bersuara

" awk,awk tgk langit tu cantik kan?"

aku yng mamai2 sambil melihat..

"ah..ah lah awk cantik lah.. cantik giler ar"

dlm mamai aku terus teruja tgk langit yng cntik... Dalam bertunang ni mmg aku xnafikan duggan mmg bnyk,dan kami adalah salah satu pasangan yng sesalu bertengar,bergaduh..pada satu masa sampaikan satu mslh yng kami hadapi kami hampir PUTUS TUNANG! ha,btol hya kerana mslh yng kecil,ego yng tinggi,dan sikap pntingkan diri sendiri.. bayangkan lah saat2 itu mmg rasa nk buat bnda2 yng xelok dan mcm2 lagi..pertengkaran berpanjangan selama 2minggu didlm hati mmg mmg rasa tiada jodoh agknye..kerana kbiasan paling lama adalah 2hari sahaja.. dalm keegooan aku xsedikit pun xmahu memaafkan dia.. satu malm aku terima satu msg dri si tunang...


" lps ni bila tiap kali saya kerja pagi,saya nmpak langit cantik saya ckp sorang2, dan saya mesti ingat kat awak,kalo awk rindukan saya awk pandang lah langit...bla..bla..bal..." pngjng giler 3teks kot...aku lupa dah..


bila aku baca mgalir air mata... sekali kenangan kami melihat langit yng cantik datang mjelma.. terigat jari dia menunding kearah langit,teringat aku tersenyum kerana melihat keindahan pagi tue,terngiyang2 berbualkan kami pada saat tue.. walaupun cuma 20minit melihat tapi kenang tu bisa meruntuhkan hati dan keegoan hati aku..dan kami bersatu...


Dan kerana langit yng cantik biasa mnyelamatkan hubungan yng kami semai selama 6tahun..kerana langit yng cantik aku menantikan saat2 di ijab kabulkan.. "TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KAU CIPTAAKAN LANGIT YNG CANTIK DIMUKA BUMI INI..."


tp pagi tadi sekali lagi aku melihat langit yng cntik.. aku pandang si tunang,ngn rasa bengang nye dia buat muka selamba jer.. mcm xpernah jadi per2 atau dia malu nk kenangkan balik ker apa2 aku pun xthu..



sekadar gambar hiasan



p/s buat situnang= sejak2 kblakng nie kita selalu bertengkar,kenangkan waktu kita tgk langit yng cantik bersama...




Saturday, August 1, 2009

bajU NiKAh =( apa malang nasiB



apa lah nasib kan.... baju nikah aku colour nyePUCAT....LESU.. XBERMAYA... arggg tu lah ksilapan mbeli... masa aku beli dulu lace tu mmg xnampak pucat..tp bila dah siap mnjadi baju... ARGHHHhhhh pucatnyee alamak aiii... tp nk buat mcm mn kan.. akhirnya terbang duit aku sia2.. tp lps nie telinga nk kena lah stanby bila majlis nikah tue nnati..mesti kan berbunyi

SEKADAR GAMBAR HIASAN* mcm ni sikit lbh kurang

" asal baju ko nie pucat azie"


atau kalo kasau sikit byinye


" alah aii baju ko nie knp lah mcm x bermaya jer"


atau kuar bunyi

" xada colour lain ker nk beli,pucat nak mampus!"



ehmm mesti punya lah... yang boleh pekak kan telinga butakan mata dan duk diam.. asalkan majlis nikah aku berjln ngn lancar hendaknye.. bukan lah kata baju nikah pucat xboleh nikah?? kan? kan? xper zie pikir yng baik2 jer tau... sedikit kecewa bangat!! dah lah beratus habis,lambt siap,dan pucat pulak tue!! nasib badan..

erkKKK TAPI... kalo korng ada idea mana thu ngn baju aku yng pucat tue korng dapat selamatkan ngn tudung yng warna warni ker? atau selendang alah lip lap2 ker? bagi lah idea erkk...tolong erkkk..

ok lah bye..


p/s= kpd bakal pngntin yng sedang mncari bju nikah... berhati dalm memilih colour yer.. dan kalo boleh sewa sahaja... abis cerita,jimat pun jimat....




Related Posts with Thumbnails