hye.. nie bkn cerita ttg mywedding_azi3 tp sekadar berkongsi cerita ngn korng,aku ambik cerita nie dari blog angah syila *sepupu aku belah arwah mak,angah nie mmg pandai orngnye,cute,dan everthing mmg perfect lah..dia belajar kat AUSTRALIA*betoi ker ejaan aku nie DAN bakal bergelar DR.SYILA nnti,insyaALLAH..aku mmg suka baca blog dia,bg aku cara menulisan dia mmg ikhlas dan pling aku sukakan pasal cerita ttng pesakit dia, tp sejak akhir2 nie aku xpat view blog tue, biasanya bila aku nk view mmg xpat,entah mcmmn rupe tetiba saja2 test boleh plak... bila baca satu entri yng nie rasa mcm sayu sgt2...dan ngn selamber nye aku copy paste kat blog aku nie.. per2pun nk "say sory kat angah pasal tak mintak izin publish kan entri nie kat blog azie yer"
Wednesday, July 15, 2009
Pakcik Ator - and his Sakaratul Maut
Syila nak cerita tentang salah seorang pesakit syila masa buat Medicine rotation. Cerita tentang Pakcik Ator (bukann nama sebenar). Syila dh tulis lama tapi baru nk publish ni.
Pakcik Ator datang ke hospital setelah terjatuh di Nursing Home dan mendapat kecederaan di tangan - patah tulang humerus. Beberapa tahun sebelum tu, Pakcik Ator pernah mengalami strokyg membuatkan dia mnderita dysphagia (susah nk telan makanan). His cognitive function was also declining after the stroke. For some reasons that I'm not totally sure, Pakcik Ator and his family had made a decision of NFR (not for resuscitation). Meaning, if anything major happened to Pakcik Ator like cardiac arrest, heart attack or others, the treating medical team would not anything apart from letting him 'go'. The plan is to make him as comfortable as possible in any case of pain or distress. Kitorang panggil 'comfort measure'
Pada malam Pakcik Ator datang ke hospital, syila buat night shift dengan sorang Intern,
Brendan. Waktu syila dan Brendan tengah ambik darah utk blood culture di Wad H3, tiba-tiba pager Brendan brbunyi. Setelah menjawab panggilan beeper tu, Brendan pun ajak syila ke Wad J3. Nurse ckp Pakcik Ator is in distress. Dia susah nak bernafas. He was really agitated too. Looked like he was in pain. Kakak nurse tu tanya if anything we could do to make Pakcik Ator more comfortable. Brendan dan syila pun berjalan menuju ke bilik Pakcik Ator. Brendan tanya Pakcik Ator, "Do you have any pain?" Pakcik Ator cuma menggeleng-gelengkan kepalanya. Tapi dari riak muka Pakcik Ator, agak jelas menunjukkan yg Pakcik Ator dalam kesakitan. Dia cuma terbaring je atas katil dengan tangan yang berbalut. Kesan-kesan darah di baju, muka dan kepala Pakcik Ator akibat terjatuh pagi tadi masih kelihatan. Pakcik Ator tercungap-cungap mencari nafas. Terdengar bunyi wheezes yg kuat dari salur pernafasan Pakcik Ator. Macam bunyi orang yg nak bernafas tapi ada banyak sangat kahak di kerongkong.
Brendan mencapai medication chart Pakcik Ator. Ada Salbutamol nebuliser PRN dan Morphine PRN tercatat di atas kertas keras medication chart tu. Brendan arahkan nurse in-charge untuk bagi Salbutamol nebuliser dan Morphine pada Pakcik Ator. Muka nurse tu berubah. Agaknya dia tak bersetuju dengan keputusan Brendan sbb dia mungkin dia dah berusaha bagi those two medications to no avail. Tapi sebab Brendan je yg boleh memberikan keputusan, kakak nurse tu terpaksa menurut saja arahan. Syila pula diarahkan untuk review Pakcik Brendan dan report pada registrar on duty malam tu, Clifford. Kebetulan Clifford is the registrar in my team, so syila agak biasa dgn dia dan tak mengalami banyak masalah. Sementara Brendan pula keluar sekejap utk makan dinner.
Setelah memeriksa Pakcik Ator dan meneliti failnya, syila pun berlari-lari anak ke Emergency Department di tingkat bawah hospital. Nasib baik jumpa Clifford di situ. Syila report semuanya tentang Pakcik Ator, and Clifford was happy with the current management.
Syila naik semula ke Wad J3. Waktu syila membelek-belek fail Pakcik Ator, tiba-tiba syila
trdengar sorang nurse bercakap pd rakan sekerjanya.. "Ohhh... he's having the death rattle" Tergamam seketika bila dengar tu. Nurse ni mesti dah berpengalaman mendengar beribu-ribu death rattles. Dengar sikit pun dah tau. Death rattle ni adalah satu bunyi yg dikeluarkan dari saluran pernafasan apabila seseorang menghampiri ajalnya. Kalau orang Melayu, selalu cakap bunyi tu sebab nafas dah smpai ke kerongkong. Secara saintifiknya, bunyi tu disebabkan pengumpulan cecair berlendir dengan banyaknya di kerongkong dan saluran pernafasan. Ini adalah disebabkan otak telah kehilangan fungsi untuk menelan cecair tu. Slowly, one by one, dying people lost their brain functions.
Syila masuk ke bilik single Pakcik Ator. Dia bersendirian, tanpa pesakit-pesakit lain dan tanpa
keluarga di sisi. Waktu syila masuk, nebuliser mask utk Salbutamol tu terkeluar dari mulut dan hidung Pakcik Ator. Syila ambik mask tu dan cuba nak letakkan ke mulut dan hidung Pakcik ator sambil menyelitkan getah mask mengelilingi kepala Pakcik Ator. Berdebar jugak masa tu. Dibuatnya Pakcik Ator mati di tangan syila, tak ke berdebar. Susah pulak nak pakaikan mask tu. Terselit-selitlaa.. Bila dah elok-elok terletak di mulut dan hidung Pakcik Ator, dia bukak baliklah pulak mask tu. Syila pun pasangkan balik mask di mulut dan hidungnya. Sekali lagi, Pakcik Ator tarik balik mask tu dan campak di tepi katil. Adoii.. Mask tu sebenarnya untuk Salbutamol nebuliser yang membolehkan Pakcik Ator bernafas dengan lebih lancar.
Syila berlari-lari anak ke meja nurse."Pakcik Ator keeps pulling off the mask!" Kata syila pada
nurse dengan nada kaget."Yeahh.. I know. He keeps doing that" Jawab nurse tu acuh tak acuh. Macam malas nak layan Pakcik Ator.
Nampaknya semua orang mcm dh give up dgn Pakcik Ator. Syila berjalan menuju ke bilik Pakcik Ator. Syila tengok Pakcik Ator dari jarak 1 meter. Syila saksikan macam mana mata Pakcik Ator macam terbeliak-beliak dan macam fixed to one direction. Nafasnya masih berbunyi kuat - it's the death rattle! Macam ni ke saat-saat nyawa dicabut dari badan ye? Apa yang Pakcik Ator tengah alami sekarang? Selain syila dan Pakcik Ator dalam bilik tu, malaikat Izrail pun ada bersama-sama kami? Apa yang Pakcik Ator tengok tu? Pakcik Ator sedang bertarung antara kebaikan dan kejahatan. Antara alam dunia yang fana dan alam barzakh/akhirat. Antara palsu dan nyata. Antara hidup dan mati. Satu pertarungan yang sudah ditentukan keputusannya - manusia akan selalu kalah.
Waktu tu, syila teringat semula pelbagai cerita tentang kematian yang kadang-kadang syila terlupa atau buat-buat lupa. Waktu nyawa sampai ke penghujung, manusia akan terbayang segala kisah hidupnya yang lepas. Kebaikan, keimanan, kejahatan dan kemungkaran yang pernah dilakukan. Apabila teringat akan kebaikan, rasa gembira dan berharap Allah akan menerima. Apabila teringat akan kemungkaran, rasa tak keruan - nyawa hampir ditarik tetapi masih belum sempat bertaubat. Bagaimanakah nasibnya berhadapan dengan Maha Pencipta berbekalkan segala kemungkaran, kejahatan dan dosa yang ditanggung ni..?
Apabila nyawa sampai ke penghujungnya, ada syaitan yang datang menggoda. Memanggil-manggil umat manusia yang lemah agar menjadi pengikut mereka. Manusia akan berasa tersangat dahaga. Syaitan datang membawa segelas air. Jika manusia inginkan air tersebut, syaitan mengajak melupakan Tuhan.
Wallahu'alam. Itulah cerita-cerita yang kita dengar. Tapi apa yang terjadi sebenarnya, hanya Allah yang tahu. Orang yang pernah mengalaminya pun tahu juga. Tapi setelah mengalami, tak mungkin mereka kembali dan menceritakan pengalaman itu. It's like a one way road. Once you go through that road, there is no turning back. Dan Pakcik Ator sekarang sedang mengalaminya. Right in front of my eyes. Pity, I couldn't do anything. I couldn't come and whisper to his ear 'Ash hadu anlaa ila ha illallah...'. I don't even know whether I could come closer and comfort him, spending the whole night by his side while he's struggling with the Sakaratul Maut. There's a fine line between profesionalism and humanity in medical profesion. And I'm still learning how to draw the line.
Brendan dah selesai makan dinner. Dia datang tengok Pakcik Ator. Dia tanya nurse keadaan Pakcik Ator. Dia tanya syila ttg apa yg medical registrar kt syila ckp psl Pakcik Ator. Brendan arahkan nurse bagi morphine injection pd Pakcik Ator utk kurangkan kesakitan.
"I need some water. Please....I need water. Please..." Pakcik Ator merayu dengan suaranya yang
tenggelam timbul.
"That's ok, I'll get it." Syila ckp kt nurse tu.
"Isn't he NBM?" Brendan mencelah. NBM tu maksudnya nil by mouth atau dalam bahasa pasarnya, tak boleh minum atau makan apa2.
Syila yg tgh pegang cawan Pakcik Ator tu terpinga2.
"Dalam saat2 ni pun nak NBM lagi ke?" Tanya syila dalam hati.
"So, can I give him this water?" Syila tanya Brendan.
"Maybe a sip or two should be fine." kata Brendan.
Syila pn bagi air tu pd Pakcik Ator. Bila syila letak je kt bibir Pakcik Ator, terus dia minum dgn rakus sekali. Malangnya, syila terpaksa tarik straw tu dr mulut Pakcik Ator.
"I'm sorry... I can only give a couple of sips."Syila rasa serba salah.
"I need more water. More water... Pleasee... Water...." Pakcik Ator merayu dengan suaranya yang tenggelam timbul.
Syila pandang wajah Pakcik Ator yang berkerut2.
Apabila seseorang itu sedang menghadapi sakaratul maut, dia akan terasa sangat dahaga.
Syaitan datang membawa secawan minuman dengan syarat dirinya diakui sebagai tuhan.Ayat2 ni bermain2 dlm kepala syila. Hati syila memang meronta2 utk terus memberikan minuman kepada Pakcik Ator. Tapi apakan daya, syila tak boleh membantah kata2 ketua (intern) yg bertanggungjawab pd saat itu.
"Water....please... I need water..."Syila tutup mata. Syila tarik nafas dalam2. Syila letakkan gelas air tersebut di atas meja yang terletak jauh dari katil.
"I'm sorry I can't give you more..""Water. I need water......" Pakcik Ator merintih lagi.
Syila terpaksa tinggalkan Pakcik Ator dlm bilik tu bersendirian. Tak sanggup rasanya lama2 syila berdiri di situ menyaksikan Pakcik Ator bertarung dengan Izrail.
"Water.....please.....water.....please....." Suara rintihan Pakcik Ator kedengaran lagi ketika syila melangkah keluar dari bilik. Syila melemparkan pandangan ke Pakcik Ator. Dia sedang berusaha mendepakan tangannya yang lemah untuk mencapai segelas air yang syila letakkan di atas meja.
"I'm sorry Pakcik Ator.." Syila bercakap dalam hati.
Brendan arahkan nurse bagi Morphine infusion kpd Pakcik Ator utk hilangkan rasa sakit. Nurses pn menurut perintah.
Brendan ajak syila ke wad lain. Ada pesakit yang memerlukan blood test for blood culture. Syila bersetuju. Waktu dalam perjalanan ke wad, syila berbual2 dgn Brendan.
"Brendan, I know that Pakcik Ator is for comfort measure. But what's gonna happen if what the morphine we give will cause him to be more breathless or even die?"
"Well, by law, if the patient is in distress, it's ok if what we give to relieve the pain can hasten their death. But if we give something that hastens their death when the patient is not in distress, then we'll get into trouble." Pastu Brendan sambung lagi, "you might be right, the morphine that I gave him may hasten his death."
Waktu syila tengah bersedia utk ambik darah pesakit lain, Brendan tiba2 datang.
"I just want to say Pakcik Ator has just passed away. Do you want to go upstairs with me to examine his body?" Syila ikut Brendan ke atas.
Bila syila masuk ke bilik Pakcik Ator. Suara rintihan Pakcik Ator dah tak kedengaran lagi. Wajah Pakcik Ator sudah bertukar menjadi putih pucat seperti sehelai kertas. Diam. Kaku tak bergerak.
Brendan keluarkan pen lampu kecilnya. Dia suluh mata Pakcik Ator satu persatu. Pupils were fixed and dilated.
Brendan serahkan pen lampu tu pada syila. Syila suluh pula mata Pakcik Ator. Sejuknya kepala Pakcik Ator. Pupils were fixed and dilated.Brendan benamkan empat jari kanannya ke leher
Pakcik Ator. Kemudian, giliran syila pula berbuat begitu. Tiada denyutan nadi yang terasa.
Brendan keluarkan stetoskop. Ditekapnya hujung stetoskop tu pada dada Pakcik Ator untuk mendengar bunyi paru2 dan jantung. Brendan serahkan stetoskop pada syila. Giliran syila pula untuk mendengar. Syila tekapkan hujung stetoskop ke atas dada Pakcik Ator, dari atas smpai ke bawah. Takda bunyi nafas kedengaran. Paru2nya membisu. Syila tekapkan stetoskop di bahagian dada kanan untuk mendengar jantung.
Sekali ada bunyi daaaa.... Terbeliak mata syila!
Syila pandang ke arah Brendan. Tenang je wajahnya. Agaknya dia tengok syila mcm speechless, Brendan pun mula berbicara,
"Can you hear that muffle sound? It's actually the sound of blood gushing in the chambers of the heart."
Oooohhhh.... terkezut den.
Ingatkan orang mati hidup semula. Heheh.
Bila dah habis physical examination, Pakcik Ator telah disahkan mati. Brendan perlu menguruskan sijil kematian Pakcik Ator. Sebelum keluar dari bilik, Brendan bersuara,"I think you are right. It's probably the morphine that caused his death.
Sebelum melangkah keluar dari bilik Pakcik Ator, syila memandang sekali imbas meja di sebelah katilnya. Segelas air yang syila letak tadi masih di situ.
"I'm sorry Pakcik Ator..."
tamat....
fuhhhhyy mmg pangjang kan? tp isi nye cukup berertikan,tgh2 syok aku tgk pic kat blog angah masa kat NEW ZEALAND pap!! terpadam taptop nye wayer tertangal.. on semula argg bila nk view balik dah xpattt.. arghh bengang btoii tp nasib aku sempat copy cerita tue.. ada bnyk lagi yng menarik kat blog tue,tp kalo korng nk view mintak izin arr ngn empunya badan.. kahh kah
ok lah sampa sini jer lah,dah kul 3pagi nie,nk zZZzZzZzzz
bYE
3 komen cini:
sedeynyee :(.. nak tgk gak blog tue.
hyee sapa yng x bergelar nama nie yer... huhhuu
nk view blog kn tnya tuan punya lah..nie pun curi2 ambik.. kahhh
salam, azie.. Dr. syila tu nama dia arneza syahila ke?? kalau ya, minta dia email me at onlymie@gmail.com. Sebab dah lama cari dia. Tq. Kalau salah orang takpelah. Hehe
Post a Comment